Tuesday, November 6, 2012

Tart buah

Bahan2:


Pastri :
250g mentega
120g gula kastor
1 biji telur gred B (drp peti ais)
450g tepung gandum
2 sudu teh air sejuk
1/2 sudu esen vanila

Inti kastard:


2 tbsp tepung gandum
 2 tbsp tepung kastard atau tepung jagung
8 tbsp gula kastor
 2 cwn (500ml) susu segar (fresh milk)
 2 biji telur (dipukul mcm nak buat telur dadar)
 2 tbsp (30 gm) mentega
 Buah Utk Hiasan: Peach dalam tin, dihiris ikut suka (atau apa2 buah)

sedikit coklat masakan utk dicairkan dan disapu pada kulit tart bahagian dalam (masak cara double boil) - optional


1. Putar mentega dan gula ( asal kembang) Masukkan telur, air, esen vanilla dan uli sebati
2.  Masukkan tepung dan putar perlahan hingga menjadi doh(x perlu lama-lama, asal sebati ok)
3.Keluarkan doh dan masukkan dalam plastik. Rehatkan 15 minit dalam peti sejuk.
4. Panaskan oven selama 15 minit. Ambil sebesar ibu jari kaki, penyetkan ke dalam acuan saiz 5cm.Acuan tidak perlu di griskan. Cucuk dengan garfu ditengah-tengah doh.
5. Bakar selama 15 minit dengan kepanasan 180c atau hingga kekuningan.

kalau nak bagi kulit tart tak lembik , bolehlah sapukan coklat masakan yg sudah dicairkan dan tunggu kering sebelum diisi kustard. Kalau tak letak pun tak pe, tapi kene makan segera. Coklat ini menghalang daripada kelembapan kustart mempengaruhi kerangupan kulit tart


Cara Membuat Inti Kastad:
6. Campurkan tepung gandum, kastard & gula dalam periuk yg kecil. Campurkan hanya 2 tbsp susu daripada 2 cwn susu tadi & kacau rata.
7. Masukkan telur sebiji2 & aduk rata lagi. Lalu masukkan selebih susu segar tadi & kacau lagi hingga larut. (Tanpa dipasang api)
8. Kacau adunan ini di atas api yg kecil hingga agak kental. *Peringatan* : adunan ini mesti sentiasa dikacau supaya tidak berbentil2.
8. Apabila sudah kental, alihkan dari api lalu masukkan mentega tadi & kacau lagi hingga sebati. Ketepikan seketika bagi sejuk sekejap utk proses pengisian pada tart.
9.Ambil sesudu kecil inti kastad & bubuh ke dalam mangkuk tat yg telah sejuk tadi. (boleh mengisi isian kastad ini ke dlm piping beg lalu picitkan satu-persatu pd mangkuk tat)
10. Hiaskan dengan buah peach (atau apa2 buah) yangtelah dipotong kecil.
Disimpan sejuk dalam peti sejuk atau dimakan segera. Serve cold.





Wednesday, September 26, 2012

Nasi kerabu


Nasi Kerabu ( 5 orang)

Sambal Kelapa
 - satu mangkuk kelapa goreng
 - 3 biji bawang merah ( tumbuk)
 - 2 btg serai ( tumbuk )
 - 1 inci halia ( tumbuk )
 - 2 ekor ikan rebus ( tumbuk slps dibuang tulang)
 - sedikit serbuk lada hitam , garam n gula secukup rasa

-gaul kesemua bhn dlm satu mangkuk

Tumis
- 2 cawan santan pekat
- 2 btg serai ( diketuk )
-  3 sudu besar cili boh
-  1 asam keping
- 1/2 biji bawang besar ( kisar)
- 3 biji bawang merah ( kisar )
- 2 bwg putih ( kisar )
- 1 inci halia ( kisar )
-  1 sudu besar budu
- 1 senduk minyak utk menumis

cara2 : panaskan minyak,tumis bhn2 yg dikisar dan serai sehingga naik bau, then ltk cili boh,masak hingga naik minyak, masukkan asam keping dan santan, masak sehingga pecah minyak ( setengah jam lbh)

ulam2- kobis , taugeh, daun serai, daun kesom.

nasi- masak nasi macam biasa n ltk sedikit garam dan pewarna kuning or biru..jgn byk sgt:), nnt terlebih meriah plak nasi tu.

Wednesday, August 15, 2012

Kek coklat tanpa telur


Bahan-bahan ( loyang 5-6 inci )

  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1/2 cawan serbuk koko
  • 2 sudu besar susu tepung
  • 1 1/4 cawan air sejuk (dari peti ais)
  • 1 cawan gula perang
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 1/2 sudu kecil coffee emulco atau chocolate emulco
  • secubit garam
  • 1/2 cawan minyak masak sayuran atau minyak jagung
  • 1 sudu kecil cuka atau jus lemon

Cara-cara

  1. Panaskan oven pada suhu 160C. Sediakan loyang kek. Griskan dengan mentega. Jika ingin menggunakan muffin cup pun boleh juga.
  2. Ayakkan tepung bersama baking powder, soda bikarbonat dan serbuk koko di dalam bekas besar. Masukkan tepung susu, garam dan gula perang. Kemudian dikacau rata-rata.
  3. Masukkan air sejuk, minyak masak, esen vanila dan coffee emulco/chocolate emulco. Kacau perlahan-lahan dengan whisk. Pastikan adunan tidak berketul.
  4. Akhir sekali masukkan cuka atau jus lemon. Terus dikacau serta merta sehingga sebati.
  5. Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar selama 30-40 minit atau hingga masak.
  6.  Sejukkan kek setelah masak. Boleh juga dihiaskan dengan topping kegemaran. Contoh gambar kek yg menggunakan muffin cup.
  7. **Jika menggunakan loyang bsr, sila gandakan adunan atau buat 1 1/2 adunan. 

sumber:myresepi.com

Kek coklat


Bahan-bahan ( saiz 20 cm )

Tuesday, August 14, 2012

popia bersira pedas


Bahan-bahan ( satu hidangan )

  • kulit popia secukupnya
  • UNTUK INTI
  • 1 batang carrot - dihiris halus
  • 1 biji sengkuang kecil - hana gune lobak putih
  • 1 mangkuk kubis yang dihiris halus
  • taugeh - jika suka (hana x ltk)
  • 1 biji bawang besar - potong dadu
  • 1-2 sudu makan udang kering - rendam,toskan n blend
  • 1 sudu mkn sos tiram
  • garam
  • perisa@gula
  • UNTUK SAMBAL SIRA
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 1 sudu makan bawang merah n putih kisar
  • 2 sudu besar sos chili - hana guna sos cili thai
  • sedikit belacan - jika suka
  • sedikit air asam jawa@cuka
  • gula melaka@gula putih
  • garam
  • bijan sangai

Cara-cara

  1. UNTUK INTI - tumis bawang besar, masukkan sos tiram. tumis hingga naik bau. masukkan udang kering. kacau rata. masukkan sengkuang, carrot, kubis dan taugeh jika suka. perasakan dengan garam dan juga perisa@gula. tutup api dan sejukkan. Isi ke dalam kulit popia tadi dan goreng hingga kekuningan.
  2. UNTUK SAMBAL SIRA - panaskan minyak, tumis bahan2 tadi hingga agak2 pekat. masukkan popia yg dh digoreng tadi. kacau rata. matikan api dan taburkan bijan. siap utk dhidang!

Nasi Ayam 2



Bahan-bahan ( 2 orang )

  • 2 cawan beras
  • 1/4 bawang besar
  • 2 sudu mentega
  • sehelai daun pandan
  • 2 kiub ayam
  • madu
  • kicap pekat
  • 1/2 ekor ayam
  • 1 sup bunjut adabi
  • sos tiram
  • 1/2 sudu serbuk lada putih
  • 1/2 inci halia
  • 3 ulas bawang putih
  • [hiasan]
  • daun bawang
  • daun sup
  • bawang goreng
  • daun salad/timun

Cara-cara

  1. Bersih ayam. Potong ikut suka
  2. Tumbuk bawang putih dan halia. Tumis dengan sedikit minyak sehingga bawang jadi perang
  3. Masukkan air, ayam, sup bunjut dan kiub ayam. Masaklah sehingga ayam masak
  4. Untuk masak nasi, bersihkan beras. Ambik 2 cawan sup ayam tadi untuk masak nasi. Masukkan daun pandan. Masak seperti biasa.
  5. Keluarkan ayam. Perapkan dengan madu, sos tiram dan kicap. Goreng dengan minyak penuh
  6. Untuk sos kicap. Mayang bawang putih. Tumiskan sehingga naik bau. Masukkan kicap dan sedikit sup ayam tadi

Monday, July 30, 2012

SOS CENDAWAN LADA HITAM

Bahan 
1 bawang besar [didadu] 
1 bawang putih [dicincang] 
1 sudu besar serbuk lada sulah 
1 sudu besar lada hitam 
1 tin mushroom sup 
1/2 cawan mushroom [potong leper] 
1/2 cawan air rebusan tulang ayam/daging 
1 sudu besar tepung jagung bancuh ngan 1/2 cawan air 
garam dan sedikit gula 
minyak untuk tumis 

Cara 
1. Tumis bawang & bawang putih sampai layu. 
2. Bila sudah agak wangi, masukkan air rebusan tulang ayam. 
3. Bila dah pekat masukkan mushroom soup, mushroom cincang, lada hitam, lada putih dn tepung jagung. 
4. Kacau sebati dan masak mengikut kepekatan sos yg dikehendaki 
perisakan garam n gula secukup rasa. 
5. Hidangkan bersama ayam atau ayam bakar atau pun chicken chop.